Saturday, October 13, 2012

Headband untuk si manja

Salam..selepas meminati seni tangan menggunakan kain felt ini, saya terus melangkah dengan laju dan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan produk yang menawan hati. Paling penting setiap yang dihasilkan datangnya dari idea dan seni yang ada dalam diri ini. Kadang-kadang terpaksa curi-curi masa untuk menyiapkan satu-satu item itu. Hasilnya memberikan kepuasan pada diri. Yang lucunya, time Dhiya tidur waktu malam, ibunya sibuk mencuba design terbaru menghasilkan headband dan kraf yang lain? Kenapa headband? Sebab saya ada model cilik yang comel dan semestinya saya seorang yang sukakan barang yang cute dan menarik dan ada elemen warna merah jambu..whatever....

Baiklah, ini saya perkenalkan headband untuk dijual..

LOVERS HANDMADE HEADBAND
Kod: HB S1
PRICE : RM 14
FLOWER MATERIAL : FELT


LOVERS HANDMADE HEADBAND
Kod: HB S0
PRICE : RM 10
FLOWER MATERIAL : FELT


LOVERS HANDMADE HEADBAND
Kod: HB S2
PRICE : RM 14
FLOWER MATERIAL : FELT



Setiap produk dari LOVERS adalah limited. Diulang LIMITED EDITION. Jadi hanya seorang atau dua orang sahaja yang mempunyai headband seperti anda di dunia ini..InsyaAllah..hehe

Oh ya, Kalau ada yang berminat, cepat dapatkannya di LOVERS. Anda boleh PM saya melalui alamat emel di bawah:

wanie_dhiya87@yahoo.com

saya akan memberitahu kaedah pembayarannya..

Ada banyak lagi koleksi dari LOVERS.. Nantikannya...

The handmade headband that begins with love...

Friday, October 12, 2012

Headband for my baby

Salam sejahtera..sedang buat apa itu? Baby Dhiya tengah lena tidur tu bolehlah saya menggagahkan diri untuk blogging..rajin la katakan.

Apa kata saya mulakan dengan headband pertama yang saya buat khas buat puteri kecil saya ni, Dhiya Nur Khalisa..Ibu buat ni khas buat Dhiya, jadi terhasillah 'LOVERS'. Sebab ianya bermula dengan kasih sayang...Jadi saya terus berusaha dengan minat/ hobi saya yang untuk kesekian kalinya. Hasilnya bolehlah tahan dan cantik. Alhamdulillah encik suami pun tak putus-putus memberikan sokongan dan pujian.

Inilah dia..
merah gitu...



Dan model kecil kita...

Dhiya Nur Khalisa
Baiklah..tunggu koleksi hairband terbaru nanti! 
daa...

Thursday, October 11, 2012

The other new blog

Salam. Blog ini merupakan blog terbaru saya setelah "Bintang Hati'. Blog Bintang Hati yang best itu adalah blog zaman menuntut di UKM dulu..sungguh teruja blogging! 
Melalui blog kedua ini, akan saya kongsikan pelbagai pengalaman dan hobi terbaru saya sejak bergelar ibu iaitu kraftangan dengan menggunakan kertas felt. Sungguh rajin saya.. cantik sangat!
Saya ada buat bisnes sikit-sikit.
 'LOVERS' - The handmade headband & craft

 Kepada yang berminat, jangan segan untuk PM saya nanti. oh, saya akan inform cara-caranya..
 InsyaAllah saya akan cuba selalu update blog ini..
Jadi..saya namakan blog baru saya ini dengan...

The Mummy Dhiya Blog...

Selamat Datang...